Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Jadi kali ni post aku mengenai apa aja yg terjadi semasa short trip aku dgn geng aku di Melaka tempoh hari, yang mana tempoh harinya sangat la nun jauhari disana. Faham kan maksud aku? Maksudnya dah agak lama awal bulan Mac haritu sebelum ada perintah berkurung ini semua, jadi sekarang ni baru aku ada masa nak menulis. #StayAtHome
Ouh ye, trip kami buat ni cuma 2 hari satu malam saja dimana hari aku bertolak tu je lebih kurang jam 11 pagi hari Sabtu, perjalanan itu ini kurang lebih 2-3 jam je aku dah smpai Melaka tu. Pukul 2 ptg tak silap sampai Melaka, sampai-sampai je Syamil dah sampai dkt perhentian Melaka Sentral tu untuk jemput aku. Nampak tak? Mulakan trip tu je dah selepas tngahari weh! Lambat! Ini semua gara-gara si mak-mak hayam dari penang si Fairul dgn Naszeem, dpt flight ticket tngahari je masa tu, jadi lambat la mula! Tapi…..walaupun lambat mula, banyak juga tempat yg kita org singgah dalam masa tak sampai beberapa jam untuk hari pertama tu. Siap buat tour dkt tempat belajar lama kami di UiTM Lendu tu. Ouh btw, aku ada buat video sepanjang kami dkt sana. Jadi, nikmatilah… 🙂
Lepas jemput aku je dkt Melaka Sentral tu, kami terus pecut ke Melaka Aiport dkt Batu Berendam tu, nak ambil dua orang lg kawan kami mai dari Penang tu. Dalam 10-20 minit juga tnggu depa mendarat, dah mendarat pun tp tak muncul-muncul depan mata, stuck dkt enjin agaknya depa ni. So, lepas ambil depa kami terus check-in hotel dkt dgn kawasan Jonker Walk, lepas dah check-in solat semua, kami terus bergerak ke Jonker Walk nak makan di Jonker 88.
Seriously, benda yg paling kami craving adalah laksa kawen nyonya tu! Siapa org Melaka atau student yg belajar dekat area Melaka, confirm tau punya la tmpt ni! Tapi tula, tmpt tu sntiasa ramai orang ye, nak tnggu turn dapat meja selalunya agak lama weh, nak cari parking pun satu hal gak dekat situ, tapi nasib kami agak baik ye haritu, sampai-sampai je dapat parking depan tak depan sangat la dgn restoran tu, dalam 30 langkah jalan kaki, haritu pun takde pakai kupon dan nasib kami juga agak baik, walaupun ramai org, tak sampai 20 minit menunggu dah dpt tempat duduk. DEMI LAKSA KAWEN BABA NYONYA ITU! TIDAK AKAN KAMI SIA-SIAKAN! Sudah melantak semua, apa lagi chaw la!
Seterusnyaa makan lagi ye, pergi beli kuih keria antarabangsa (sebenarnya kami takde plan nk pergi mana masa ni). Mula-mula pergi pusing area Pantai Klebang, tp tula kebetulan lalu depan Kuih Keria Antarabangsa, jadi beli jela..Tak pernah rasa lagi (aku la), rasa dia not bad. Selepas itu, kami masih kebuntuan mahu kemana (nampak tak takde planning?) kami terfikir nak pergi Encore Melaka, sebab tempat tarikan baru katanya. Sampai-sampai je, selain bangunannya yg sangat unik rupanya, tandasnya juga unik ye. Ambil-ambil gambar, membuang dalam tandas semua kami chow ke tempat lain pula.
Tempat seterusnya adalah Alor Gajah. Tahu tak apa ada dkt sana selain cucur udang dia? Iye ada Uitm Lendu~ huhuhuhuhu.. Mula-mula lalu je depan UiTM tu, tapi kami dah sepakat, dah datang jauh-jauh ni takkan nak lalu je, ye dak? Jadi kami kumpulkan keberanian ‘jantans’ kami itteww untuk menempuh masuk melalui pintu gerbang utama UiTM Lendu yg ada polis bantuannya yg terkenal dgn kawalan ketatnya ittew.. Sebelum masuk tu dup dap dup dap tak tahu nak bg alasan apa kalau kene tahan, card matrix dah takde, jadi sampai-sampai je depan pintu masuk ada polis bantuan jaga, “Nak pergi mana Encik?”.. Syamil as a driver, “Haaaa kami nak tumpang solat sekejap boleh tak?”.. Kebetulan ye masa tu dah nak masuk waktu maghrib, jadi kami lepas dengan jayanya! Thanks abang polis bantuan bagi kamu tumpang solat dlm tu, walaupun motif awal adalah lain, tp takpelah kan? Kami solat juga..Maka mulalah bernostalgia ramai-ramai kami dalam UiTM tu :’)
Lepas dah tu, pergi pula makan di Asam Pedas Claypot yg terkenal ittew.. Nampak tak berpusing-pusing hidup kami haritu? GIGIH. Ok dah order makan semua, makanan pun sampai, makan la apa lg kan? (RIP diet kuu) T_T
Habis makan, kami buat keputusan nak pergi Jonker Walk Night Market pula sebagai penutup haritu. Dalam perjalanan dari tmpt Asam Pedas tu, terjumpa la Family Mart. Si warga Penang ni rupanya tidak pernah lg pergi, aku bru tahu dkt Penang takde lagi FM rupanya. Pergi sana cuba teka beli apa? Iye makanan lagi :’)
Sampai-sampai Jonker je, kita org jalan dkt tepi-tepi jalan kedai tu, nk elakkan jalan dkt crowd ramai katanya sbb COVID-19, kaedahnya phuiiii! terlalu juga tmpt org ramai lalu. Tapi kami sentiasa baluti tangan kami dgn cairan hand sanitizer tu ye… Lepas dah jalan shopping semua, balik hotel, mandi-mandi tido.. Dan esoknya, ini paling epic weh dalam hidup aku dan kami semua!! Urghh!!! Kenapa aku?!! Kenapa harini!!!?? Kenapa dkt sini?!!!
Itu nanti aku sambung.. Layan dulu la vlog ku ini :’)
Untuk bahagian kedua, tnggu aku ada masa untuk update ok? Lagipun aku tak rasa ada orang nak baca dlm wordpress aku ni kan? haih. Tapi lantak disitu, aku dah lama gila tak menulis, rasa enjoy sangat dapat menulis balik dkt sini. Cuma rajin tak rajin jela kan? kan kan kan?
